Salam Pictures, Images and Photos

Students Slam Over Cosmetic Changes In AUKU

HISTORICAL MOMENT ON 18 AUGUST 08
"AKSI MAHASISWA MEMBANTAH AUKU"
IN FRONT OF THE PARLIAMENT

Students were confronted by police officers

Students lied down on the road as show of protest

Symbolic of students have been imprisoned since 1971

Dead body as to symbolised that University and student have been into graveyard

3 comments:

  1. Akmal Saufi says

    1. Saya tidak katakan setuju mahupun ingin katakan tidak setuju.

    2. Cuma saya berharap ada seseorang diluar sana boleh memberi saya jawapan kepada soalan soalan saya.

    3. Soalan pertama. Andai kata pelajar terlibat sebagai ahli parti politik bukankah, kita akan terikat pada kod etika parti dan apa pemimpin parti katakan? Jadi apa baiknya?

    4. Soalan kedua. Andai kata kita terikat dengan kata pemimpin parti, bagaimana kita ingin menyuarakan pendapat seorang mahasiswa yang dikatakan suci mindanya dan berfikir atas kapasiti seorang pelajar yang tidak terpengaruh?

    5. Soalan ketiga. Tidak bolehkah seorang mahasiswa memberi pendapat sejujur jujurnya dan seikhlas ikhlasnya tanpa mendaftar sebagai ahli parti politik?

    6. Soalan keempat. Tidak bolehkah kita 'berpolitik' dengan mengajukan isu isu kita tanpa terikat pada pihak mana mana?

    7. Soalan kelima. Apa sebenarnya kelebihan melibatkan atau mendaftarkan diri dalam sebuah parti? Tidak bolehkan kita buat baik tanpa parti ketika masih belajar?

    8. Saya musykil.

    9. Saya berharap ada seseorang boleh menyakinkan saya sebaliknya.


    abumunzir al-jerluni says

    Salam! tertarik dengan saudara Akmal...anak Datuk. Khaled Nordin kan?

    Mahasiswa tak perlu terikat dengan mana-mana parti politik. Tapi, kebebasan untuk berpolitik sangat perlu. Baru minda mahasiswa terbuka dan bebas. Kalau ikut AUKU, mahasiswa tidak bebas, hanya kena ikut dan tunduk kepada sebelah pihak tertentu saja...sama saja betul tak? jadi, lebih baik kita berlaku adil. lagi pun kita dah matang, dah boleh buang undi, mengapa kita perlu disekat untuk berpolitik? sila baca pandangan Prof. Agus (dalam majalah Konsep, September)...sangat bagus pandangannya. Kata prof Aziz Bari: "AUKU perlu di hazafkan, dan dimasukkan ke dalam arkib Negara sebagai akta yang zalim."


    Anonymous says

    salam ..

    secara jujur nya saya merindui kehangatan bagaimana ayah2 dan ibu2 kita dulu ketika di kampus ..

    maksud saya kehangatan berkempen yang dijalankan =)

    mereka bebas bersuara .. tapi secara berhemah ..

    mereka bebas berkempen .. tapi secara bersopan ..

    mereka bebas ..

    dan suara mereka sangat didengari pihak atasan .. ya suara mereka lantang dan kuat ..

    tetapi mereka bukan menjerit ..
    mereka bukan melaung .. mereka bukan memekak .. bukan juga memekik ..

    tapi suara mereka adalah datang dari pemikiran seorang mahasiswa ..

    mahasiswa yang tidak terpengaruh dengan ideologi kepartian .. mungkin ya mungkin tidak .. kerna kita tidak dapat menembusi apa yg bermain di dalam fikiran seseorang .. kita cuma mengagak sahaja ..

    tapi persoalan saya .. mengapa kini tiada lagi sura mahasiswa berkumandang?

    di manakah kita ..?

    tengelam dalam timbunan kertas2 nota? buku2 tebal?

    saya percaya jauh di setiap hati mahasiswa kita .. kita sbenarnya mahu bersuara ..

    budak kecil yang masih tidak tahu bercakap dan memahami pun mahu bersuara ..

    jadi bagaimanakah dapat kita salrkan suara kita?

    melalui mic? melalui pembesar suara? =)

    itulah isu yg perlu diselesaikan pihak atasan .. platform SEBENAR yg mampu menyampaikan suara SEBENAR mahasiswa kita ..

    berkaitan AUKU .. politik .. saya kira ini hanyalah satu isu yang dilihat sebagai faktor penghalang kepada suara mahasiswa ..

    dan kita dihambat dengan segala persoalan dan halangan berkaitan AUKU ..

    kita sudah lari dari matlamat wahai saudara ku ..

    saya kira apa yg kita perlu perjuangkan adalah SUARA MAHASISWA ..

    sama ada politik atau tidak .. sepatutnya tidak menjadi halangan ..

    sekian ..

    salam pemikiran,
    zahirul haq


>>Followers