Salam Pictures, Images and Photos

Kalam Editor: Salam Perjuangan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pertama, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan pembaca kerana mengunjungi laman weblog ini. Selamat datang ke www.webharapan.blogspot.com.
Sebagaimana sebahagian daripada rakan-rakan yang tahu, weblog ini adalah weblog baru bagi Harapan Online, menggantikan weblog yang lama di alamat www.e-harapan.blogspot.com. Weblog lama tersebut sudah tidak lagi beroperasi.
Rakan-rakan yang dikasihi,
Antara tujuan utama weblog baru ini diperkenalkan adalah, selain daripada menyediakan layout yang lebih segar dan menarik, untuk memberi makluman kepada seluruh "warga cakna-isu" bahawa Harapan Online edisi baru ini bakal menyajikan beberapa penambahbaikan penting daripada krew kami.
Dalam pada meneruskan kelangsungan fungsi dan peranan asal Harapan Online; sebagai wadah bicara siswa, medium penerangan ideologi generasi kampus dan wacana kupasan isu-isu semasa, Harapan Online juga maju setapak ke hadapan dengan memperkenalkan alamat e-mailnya sendiri iaitu harapanonline@yahoo.com.
Justeru, andai anda ada sebarang tulisan atau nukilan menarik seperti kupasan terhadap isu-isu semasa (peringkat kampus dan nasional), lontaran idea-idea baru mengenai aktivisma mahasiswa, pendedahan terhadap kepincangan-kepincangan yang berlaku dsb, sila e-mailkan ke alamat seperti yang tertera di atas. Krew kami akan menyuring artikel-artikel tersebut dan seterusnya di postkan di weblog rasmi kami andai ianya sesuai dan bermanfaat.
Namun begitu, adalah menjadi harapan kami agar wadah ini tidak akan disalahgunakan untuk menyerang mana-mana individu (melainkan terlalu jelas buktinya), tempat untuk memaki-hamun dan mancarut dan sebagainya. Paling utama, setiap komentar, kritikan mahupun cadangan tidak boleh sama-sekali mempersendakan apatah lagi menghina AGAMA ISLAM. Begitu juga agama-agama lain.
Rakan-rakan seperjuangan...
Buat akhirnya, saya menyeru kepada sidang pelayar sekalian agar kita (terutamanya mahasiswa) sentiasa peka dengan isu dan insiden yang berlaku di sekeliling kita. Cambahkan pemikiran anda berlandaskan nilai intelektualisme yang anda miliki. Dan seterusnya lontarkan ke khalayak agar ia dapat dikongsi dan dimanfaati.
Jangan biarkan drakonian menyekat daya intelek kita.
Sekian, Salam Perjuangan...
Editor Harapan Online

0 comments:

>>Followers