Gelombang Aspirasi??!
Jika di Universiti-universiti lain, kumpulan ASPIRASI merupakan kerajaan yang menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Mereka punyai kuasa yang kukuh dan utuh dengan sokongan padu yang diberikan oleh pihak pentadbiran Universiti. Beza pula halnya dengan situasi yang berlaku di UIA.
MPP atau lebih dikenali di UIA sebagai SRC dipimpin oleh kumpulan pro-mahasiswa yang tidak terpengaruh dengan agenda dan dakyah “sang dewa” yang berkuasa. ASPIRASI pula, meskipun sama halnya dengan Universiti-universiti lain mendapat sokongan kuat daripada pihak pentadbiran UIA yang bersekongkol dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), UMNO dan GPMS pusat, telah diaibkan oleh kuasa mahasiswa yang tidak ingin dicengkam oleh juak pengampu dan pembolot harta tersebut.
Reezal Merican
Setelah gagal menguasai kerusi majoriti dalam Pilihanraya Kampus yang lalu, Kumpulan ASPIRASI UIA yang merupakan sebuah pakatan atau koalisi politik melibatkan beberapa dominant player dalam politik kampus UIA termasuklah GPMS, Wawasan Club dan Budak-budak Keris kelihatan sedang merencana satu silent agenda untuk meremehkan peranan SRC UIA.
Bermula dengan taktik kotor yang digunapakai dalam program Tayangan Perdana Hati Malaya* anjuran GPMS sehinggalah sabotaj dan propaganda jahat yang dilaksanakan dalam pilihanraya Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIA (LAWSOC), mereka kelihatan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan misi dan agenda terancang mereka.
Ditambah pula dengan program BTN** yang telah diwajibkan kepada semua exco-exco SRC menampakkan satu konspirasi jahat antara pihak pentadbiran Universiti dan KPT yang sedang dirangka dan dilaksanakan. Tujuannya adalah untuk mematikan idealisme mahasiswa selain menyekat daya dan kemampuan fikir mahasiswa.
Semua ini adalah bukti-bukti jelas bahawa UMNO dan konco-konconya tidak akan pernah menongkat dagu demi merealisasikan agenda nasional mereka i.e. mengUMNOkan kampus dan Universiti. Baki lagi, hanya kita yang mampu menentukan samada kuasa politik mereka akan berjaya bertapak di UIA ini atau tidak. Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung.
* Hati Malaya
Konspirasi jahat antara GPMS, BTN dan pentadbiran UIA. Audiens telah ditipu bulat-bulat apabila agenda sebenar pada malam tersebut adalah memperkenalkan GPMS. Pelajar tahun pertama diwajibkan hadir ke program sebagai menggantikan satu slot wajib BTN. Slot tersebut yang berlangsung selama 1 jam diakhiri dengan laungan HIDUP MELAYU...?
**BTN MPP
Agenda jahat peringkat nasional melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi,BTN dan UMNO. EXCO–EXCO MPP dari setiap universiti diwajibkan hadir. Misi terang-terangan untuk brainwash wakil-wakil pelajar selain mendoktrinasi ideologi UMNO-centric. Sesi tazkirah dijadikan sebagai medan politik untuk mengutuk pemimpin-pemimpin pembangkang.
0 comments: