UMNO Masuk Lagi?!!
Dalam edisi Harapan bil.06 yang lalu, kami ada mendedahkan usaha segelintir pihak yang berkepentingan politik kotor untuk menyebarkan dakyah UMNO ke dalam kampus UIA ini. Pendedahan tersebut sememangnya mendapat perhatian ramai apabila krew kami menerima pelbagai respon yang membina @ mengutuk tindakan pihak-pikak tersebut.
Namun, nampak gayanya, kali ini, semakin dekat Pilihanraya, usaha untuk mengUMNOkan UIA tampak semakin ketara dan gerak kerjanya juga semakin daring.
Untuk menyangkal tuduhan yang mengatakan Harapan hanya suka berspekulasi, kami sertakan di sini beberapa bukti jelas yang menunjukkan bahawa UMNO kian obses untuk menguasai UIA. 1. Beberapa kereta pelajar dengan beraninya terpampang sticker Pemuda UMNO tanpa dikenakan sebarang tindakan. Bayangkan andai ada di kalangan pelajar yang tampal sticker Angkatan Muda KeAdilan atau Pemuda PAS, apa agak-agaknya reaksi pihak pentadbir? 2. Banner program Pemuda UMNO digantung dalam UIA (depan Kulliyyah Ekonomi).
3. Program anjuran GPMS: Perhimpunan Mahasiswa Melayu yang bertujuan untuk mengapi-apikan semangat perkauman di kalangan mahasiswa UIA (sangat bertentangan dengan visi Integration UIA) sebagai persediaan menghadapi pilihanraya yang akan datang.
4. Bengkel khusus untuk pendokong-pendokong Aspirasi yang diadakan pada 1-3 Februari lepas.
Justeru, krew Harapan menyarankan kepada semua golongan intelegensia di UIA agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah mereka. Nilailah dengan bijak. Memilih pemimpin itu satu amanah dan kita akan dipersoalkan kembali atas pemimpin yang dipilih kita.
0 comments: