Salam Pictures, Images and Photos

Teka-teki Pilihanraya: Kita tertipu???

Berita Harian, 13 Februari 2008
:
“Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.
Utusan Malaysia, 13 Februari 2008:
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok(hari ini).
The Star, 13 Februari 2008:
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi put an end to such speculation, telling reporters here yesterday: “Esok tak ada (No, it won’t be tomorrow [today])”.
Kurang daripada 24 jam, kira-kira jam 12.45 tengahari, 13 Februari 2008, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan di kaca televisyen melalui RTM bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini (13 Februari 2008) dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia.
Kepada seluruh mahasiswa, bersiap sedialah untuk menunaikan tanggungjawab kita. Jalankan amanah dengan bijak. Nilai dengan neraca agama dan moral.

2 comments:

  1. Zat Asyraff says

    ubah la sikit layout blog ni.. sgt x inviting.. x susah pun..


    Awan Badai says

    macam kenal entri....


>>Followers