Kempen PILIHANRAYA dalam UIA

Gendang pilihanraya telah dipalu. Semboyang perang daripada setiap parti-parti politik dan individu berkepentingan juga telah digemakan. Bendera-bendera parti telah mula menguasai setiap batang tiang di jalanan. Bilik-bilik gerakan parti di setiap kawasan pula semakin happening.

Inilah fenomena yang biasa berlaku setiap kali pilihanraya diadakan di Malaysia. Matlamat mereka adalah untuk memenangi pilihanraya 8 Mac ini depan dan seterusnya membentuk sebuah ruling government.

Di UIA, bahang pilihanraya turut dirasai di kalangan mahasiswa. Isu kenaikan harga barang, negara kebajikan, calon yang bersih dan sebagainya mula menjadi topik hangat di cafe-cafe. Satu perkembangan yang positif.

Namun, satu perkembangan yang agak kurang enak didengar, dakyah-dakyah kotor parti politik cuba diserap masuk ke dalam kampus oleh tangan-tangan yang berkepentingan. Ada sebahagian pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan program-program pelajar untuk dijadikan medan menyebarkan ideologi-ideologi parti politik.

We Unite for Islam menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa masuk agenda parti politik luar ke dalam kampus. Mahasiswa punyai idealisme tersendiri. Tidak perlu dipengaruhi dengan ideologi-ideologi lain. Intelektualisme akan dijadikan batu asas dalam setiap pertimbangan yang dibuat.

0 comments:

>>Followers