"Si HELANG TUA Mula Mengganas"
Seluruh makhluk yang wujud di Malaysia ini sempat untuk menyaksikan dan merasai sendiri badai besar politik yang berlaku pada tarikh 8 MAC 2008 sehingga mencetuskan tsunami yang tidak pernah disangka-sangka oleh si helang durjana yang berkuasa.
Sebelum ini, mereka begitu angkuh dan bongkak meratah mandat dan kuasa yang diberikan. Separuh abad mereka berlagak umpama dewa yang tidak akan turun dari tahta kayangan untuk selama-lamanya. Kehendak rakyat mereka remehkan. Suara pembangkang mereka permainkan.
Namun, apabila sekali badai besar beserta taufan hebat datang melanda, mereka kucar-kacir. Impaknya tsunami ini begitu dahsyat sehingga masih lagi mampu dirasai setelah lebih sebulan tragedi ngeri itu berlalu. Mereka hilang punca. Segala macam tindakan mereka lakukan kononnya untuk kembali memenangi hati rakyat.
Apa yang mereka lakukan kini sememangnya tidak menghairankan bagi sesiapa yang benar-benar memahami selok-belok perjalanan siasah dalam sesebuah negara. Andai hari ini mereka kata YES, esok boleh jadi NO. Demi kepentingan politik populariti, tiada yang mustahil untuk dilakukan.
Namun, yang menghairankan, mengapa si helang tua ini masih tidak serik-serik selepas apa yang berlaku pada 8 Mac yang lalu. Selepas kekuasaan dan ketuanan mereka dinafikan, mereka masih lagi kelihatan rakus mencari mangsa untuk diganyang.
Kini, mereka mula melangkah masuk ke dalam pagar-pagar kampus untuk melepaskan geram mereka. Masa untuk balas dendam. Mereka peralatkan golongan bijak pandai yang sepatutnya lebih pandai daripada mereka untuk melunaskan hutang dendam mereka.
Akibatnya, ramai aktivis mahasiswa yang dipanggil mengadap pihak pentadbiran universiti dengan tuduhan terlibat dalam pilihanraya yang lalu untuk proses inkuiri dan siasatan. Bahkan ada sebahagian daripada mereka yang dihadapkan ke mahkamah-mahkamah universiti untuk dikenakan tindakan yang pelbagai.
Beberapa aktivis di Univesiti Malaya telah disoal-siasat. Aktivis-aktivis di UIA juga telah dipanggil untuk sesi inkuiri dan perbicaraan. Aktivis-aktivis di UITM dan beberapa universiti lain juga diburu oleh algojo-algojo universiti.
Ingin ditegaskan di sini, mahasiswa tidak pernah gentar dengan hambatan-hambatan yang mereka berikan. Baik dengan AUKU, undang-undang universiti, atau apa sahaja yang menghalang mahasiswa untuk berperanan sebagai sebuah entiti yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Jerih dan perih sememangnya telah digazetkan dalm kamus perjuangan mahasiswa.
Justeru, janganlah kalian membuang masa, tenaga dan duit kalian dengan kerja yang pasti tidak akan mendatangkan hasil ini. Andai hari ini seorang aktivis mahasiswa kecundang, akan ada 10 orang aktivis baru yang akan menyambung perjuangan murni ini. Perjuangan mahasiswa tidak akan mati.

"Andai aku diberikan lebih daripada satu nyawa, akan aku gadaikan kesemuanya untuk jalan perjuangan ini"
3 comments:
plz double check url untuk blog Sdr ezam mohd nor...it's belong to Sdr Ezam or not? need explaination.
Harapan Online says
Sori,it was an eror.It does not belong to Ezam.But to one of his officers.Will be corrected.Thanks aizuddin.
Anonymous says
Teruskan perjuangan...jangan mudah tunduk kepada tekanan dan ancaman. Allah maha berkuasa..