Salam Pictures, Images and Photos

Cik Lebah: Jaga Etika Sebagai Pemimpin!

Salam Sejahtera kawan-kawan...

Apa khabar semua? Cik Lebah harap semuanya sihat-sihat belaka. Maklumlah tengah-tengah musim cuti penggal ini, Cik Lebah risau ramai pula yang terkena penyakit obesiti. Hehe...

Hmm...kali ini CikLebah ada satu berita hangat yang hendak dikongsikan dengan kawan-kawan semua. Namun, kali ini bukan pasal cerita dalaman kampus, tapi luar kampus. Haa...kawan-kawan mesti nak tahu cerita apa yang Cik Lebah nak bawa kali ini kan. ;)

Kawan-kawan semua ada baca tak berita utama akhbar Berita Harian hari ini (1 Mei 2008)? Alaa, yang tajuknya: "Dewan Rakyat Kecoh" tue. Mesti sudah baca kan? Cik Lebah tak sangka rupa-rupanya Parlimen Malaysia nie dipenuhi dengan macam-macam binatang. Ada "Bigfoot". Ada "Big Monkey". "Katak" pun ada. Heh, macam di zoo pula. Ish.. ish.. ish..

Hii...Cik Lebah sebenarnya rasa malu sangat selepas baca berita tersebut. Memang sangat memalukan! Nasib baik Cik Lebah tak mengundi kat tempat YB-YB tue. Kalau tak memang menyesal lah Cik Lebah.

Hmm...Cik Lebah sebenarnya tidak mempertikaikan isi perdebatan dan isu yang yang dibangkitkan dalam sidang pertama tesebut. Bahkan Cik Lebah rasa memang isu-isu tersebut memang ada asasnya untuk dibangkitkan. Namun yang menyedihkan Cik Lebah adalah etika yang mereka tampilkan! Bukan begitu etika seorang pemimpin yang ingin ditonton oleh rakyatnya. Sangat mengaibkan! Menjelikkan!

Justeru, Cik Lebah nasihatkan agar setiap wakil rakyat yang telah dipilih untuk menerajui negara ini dapat menunjukkan contoh tauladan yang baik. Benarlah ada imuniti dalam Dewan Parlimen. Tapi bukan begiyu caranya!

Hmm...apa-apa pun, Cik Lebah ucapkan tahniah kepada wakil-wakil rakyat yang beragama Islam kerana menampilkan contoh yang baik semalam. Teruskan... Dan kami amat terus mengikuti perkembangan prestasi kalian. Hehe...

Sampai di sini dulu coretan Cik Lebah kali ini. sehingga berjumpa lagi kawan-kawan...Jaga makan, Jaga badan. ;)

0 comments:

>>Followers