Salam Pictures, Images and Photos

KeTUANan RAKYAT vs keTUANan MELAYU: Siapa Bakal Tersungkur?

Pada tahun 1972, sebuah deklarasi yang digelar Pengisytiharan Humanis 2 telah disepakati oleh pendokong-pendokong ideologi Humanisme. Gerakan ini mula menggagaskan idea humanisme yang mengiktiraf dan memperjuangkan hak dan kebebasan manusia dalam konteks yang sangat luas dan berbahaya. Bahkan mereka juga mempelopori kepercayaan bahawa Tuhan Yang Maha Agong itu adalah MANUSIA sebagaimana yang pernah dinyatakan sendiri oleh Presidennya, Harold Ratton.

“Humanis tidak tahu ada yang lebih agong darinya (manusia)"

[Harold Ratton, Presiden Persatuan Humanis]

Hari ini, meskipun gerakan ini sudah tidak sehebat dahulu, namun ideologi dan kepercayaannya masih lahi melatari kerangka pemikiran dan perjuangan yang ada pada hari ini. Segelintir masyarakat di Malaysia terlalu ghairah memperjuangkan hak kebebasan dan kesamarataan setiap kelompok etnik dan bangsa di Malaysia. Sehingga ada yang terlupa bahawa perjuangan dan tuntutan mereka sebenarnya perlu didasarkan kepada base dan fundamental yang jelas dan kukuh tanpa sebarang pengaruh daripada ideologi gagasan barat yang terpesong.

Hasilnya, mereka lantang (konon-kononnya) memperjuangkan hak sama rata yang perlu dinikmati oleh setiap entiti dalam masyarakat di Malaysia. Setiap hari mereka melaung-laungkan slogan Rakyat! Rakyat! dan Rakyat!... Apakah memang rakyat@manusia yang berkuasa? Apakah segala permintaan dan tututan “rakyat” memang perlu dipenuhi dan diperjuangkan? Apakah suara mereka benar-benar keramat?

Dalam masa yang sama, wujud pula satu lagi kelompok manusia dalam Malaysia ini yang berpemikirian kecil dan tertutup. Ideologi mereka dipasakkan semata-mata demi kepentingan ras dan bangsanya sendiri. Tiada yang lebih baik daripada bangsanya. Tiada yang lebih ‘daulat’ daripada kaumnya. Segala macam kenikmatan hanyasanya layak dinikmati oleh mereka sahaja.

Apakah ini yang diajar dalam Islam? Apakah Islam mengangkat satu bangsa dan merendahkan satu bangsa yang lain? Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidak ada sebarang kelebihan bagi bangsa Arab ke atas bangsa bukan Arab kecuali taqwa”

[Riwayat Imam Ahmad]

Islam tidak pernah sekali-kali mengajar manusia untuk membeza-bezakan suku dan etnik yang wujud di muka bumi ini. Tiada beza antara kulit putih dengan kulit hitam dari kaca mata Islam. Begitu juga bangsa Aryan dengan kaum Tibet. Semuanya sama. Semuanya setara. Firman Allah s.w.t.:

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya manusia yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu….”

[al-Hujurat: 13]

Ajaran Islam cukup jelas menentang ideologi yang diasaskan kepada kefahaman bangsa dan ras yang tertentu. Kerana itu Islam tidak pernah mengiktiraf Apartheid. Begitu juga Marxisme, Komunisme dan Zionisme yang menjadikan bangsa mereka sebagai puncak kepada seluruh perjuangan mereka.

Dalam masa yang sama, Islam juga tidak mengiktiraf kebebasan yang telalu luas manusia tanpa had sempadan. Islam mengkritik Feminisme dan Emansipasisme. Begitu juga Humanisme dan Sosialisme. Orientasi kebebasan yang disediakan Islam sudah cukup sempurna dan murni. Hak dan kebebsan dalam Islam sangat luas tersedia sesuai dengan keperluan manusia di dunia. Namun Islam juga tidak lupa untuk menetapkan batas sempadan kepada kebebasan yang diberikan.

Manusia bebas untuk menyatakan pandangan dan pendapat. Namun tidak sehingga mengaibkan individu lain. Tidak memfitnah dan berdusta. Islam juga membenarkan manusia berpatipasi dalam apa bentuk tindakan sekalipun selagi mana ia bermanfaat kepada manusia. Namun tidak sehingga mengorbankan agama dan pegangan aqidah.

Oleh kerana itu, tiada istilah “siapa yang lebih TUAN dalam Islam”!. Yang menjadi tuan hanyalah Allah dan agama-Nya sahaja. Seluruh kekuatan dan kebijaksanaan yang kita garap dalam perjuangan kita di muka bumi ini perlu berlandaskan kepada asas Islam yang kukuh. Matlamatnya Islam. Caranya juga mesti Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan negara Islam Madinah tanpa perlu berkongsi kuasa dengan penganut Krstian dan Yahudi. Islam tertegak dengan usaha aktivis-aktivis Muslim yang tidak pernah leka dengan kalimah-kalimah Allah, tanpa perlu membuka pintu-pintu kompromi yang terlalu luas.

3 comments:

  1. Anonymous says

    Saya musykil dengan kenyataan ketuanan ini.... Adakah Islam tak boleh ada ketuanan pada bangsa? Jika begitu tak menjadi kesalahan kepada Kaum Zionist(Israel untk memerintah arab/palestin asalkan mereka mendengar kata-kata rakyat?
    Hidup Anwar! Hidup Pakatan! Hidup Zionost! Pemerintahan sama rata tiada beza bangsa.....


    Anonymous says

    Yang menjadi "TUAN" di muka bumi ini hanyalah Allah dan undang-undangNya sahaja.Tidak perlu kita jadi confuse nak ikut mana n saper.Ikut sahaja perjuangan yang meletakkan Islam sebagai matlamat dan asas perjuangan.


    Akmal Saufi says

    1. Jangan salah ertikan ketuanan Melayu.

    2. Melayu hanyalah bangsa.

    3. Islam adalah segalanya.

    4. Apabila ada yang ingin menidakkan identiti Melayu, itu juga namanya merepek semata mata.

    5. Sudah pasti bangsa boleh wujud di dalam Islam.

    6. Yang pasti selagi adat resam Melayu adalah sejajar undang undang Islam.

    7. Untuk menidakkan rasa ingin berkumpulan adalah seperti menidakkan lumrah manusia. sifat ini dicipta Allah dalam makhluknya yang lemah ini.

    8. Hakikatnya, manusia akan berkelompok apabila mereka menemui keserasian. Dari segi warna kulit, cara pemikiran, tempat tinggal dan
    cara hidupnya. Ini adalah hakikat.

    9. Penting wujudnya bangsa kerana ia menimbulkan semangat membela dari kemunduran, ketaksamaan dan ketidakadilan yang berlaku sesama sendiri. Seperti apabila rakyat bersatu menentang Inggeris suatu ketika dahulu.

    10. Tetapi bila mana ada pihak menggunakan bangsa untuk menidakkan hak orang lain, itu namanya menindas.

    11. Bangsa memberi kita identiti. Bangsa memberi kita rupa sosial kita. Ia memberi kita sifat unik membezakan antara satu sama lain. Oleh sebab itulah fitrah manusia suka berbangsa. Kita suka diri kita unik.

    12. Islam mencakupi kesemuanya dan Islam adalah adil.

    13. Cuma kadangkala kita salah erti.

    14. Tidak mengapa untuk berbangsa. Cuma adil lah kepada sekeliling kita. Jangan mengagungkan bangsa lebih daripada segalanya. Ingat, semuanya ada batas. Dan dalam batasnya itu ada hikmah.


>>Followers