Salam Pictures, Images and Photos

JOM KENALI WUFI (Edisi Ta'aruf Week)

WUFI, singkatan bagi We Unite For Islam merupakan sebuah gerakan mahasiswa yang telah lama bertapak dan berkhidmat di bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Perjuangan WUFI yang berteraskan gerakan siyasatul dakwah berorientasikan perjuangan mahasiswa tanpa keterikatan dengan mana-mana organisasi luar mahupun parti politik tertentu.

Perjuangan siyasatul dakwah WUFI adalah seiring dengan misi dan visi yang UIAM yang berteraskan kepada prinsip triple III CE (Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence). Matlamat perjuangan WUFI adalah mewujudkan suasana yang baik (good environment) di UIAM selain membantu pembentukan mahasiswa UIAM yang berkualiti serta sentiasa peka dan sensitif dengan perkembangan semasa samada di dalam dan di luar kampus.

Sejarah perjuangan WUFI telah bermula sejak penubuhan UIAM pada 1983 yang bertapak di Petaling Jaya. Walau bagaimanapun, kelibat dan aksi WUFI mula dipandang serius oleh masyarakat dan massa UIAM semenjak sedekad yang lalu apabila WUFI terlibat secara langsung dalam sepak terajang politik kampus, melalui medium pilihan raya kampus (PRK). Semenjak 1998 hingga sekarang, 2008, WUFI telah menabur jasa secara langsung kepada seluruh mahasiswa UIAM. Bukan sahaja kebajikan mahasiswa yang dijaga, bahkan kualiti dan modal insan mahasiswa juga dibangunkan melalui program-program berkualiti dan bermanfaat. Wakil-wakil WUFI bukan sahaja telah berjaya menjadi perantara di antara mahasiswa dengan pentadbiran, malah telah berjaya menjaga dan membentuk persekitaran yang lebih Islamik dan baik, sesuai dengan imej UIAM yang membawa nama Islam.

Sumbangan WUFI dalam menjayakan program mega universiti seperti Pesta Konvokesyen telah mengangkat imej UIAM selaku sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang bertaraf antarabangsa. Walaupun penganjuran Pesta Konvokesyen saban tahun sering disusahkan dengan kerenah pihak pentadbiran serta aksi busuk dan keji seteru politik WUFI, sekurang-kurangnya WUFI berjaya menjaga imej dan nama baik UIAM dengan mencorak Pesta Konvokesyen yang bebas dari unsur negatif seperti hiburan yang melampau, pergaulan bebas di antara siswa dan siswi serta program yang melalaikan dan membunuh intelektual mahasiswa. Suasana ini sangat berbeza apabila Majlis Perwakilan Pelajar atau SRC diterajui oleh seteru politik WUFI iaitu REVO atau Aspirasi pada sesi 2005/2006, yang mana suasana baik dan islamik UIAM dicabul melalui Pesta Konvokesyen yang dilihat terburuk dan amat memalukan.

Kini, setelah 10 tahun WUFI menabur bakti kepada mahasiswa UIAM,WUFI yang tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada mana-mana pihak samada dalam apa jua bentuk. Hanya satu sahaja yang diraih dan ditagih daripada perjuangan WUFI iaitu keredhaan dan keampunan daripada Allah S.W.T. Baldatun taiyyibatun wa rabbun ghafur...

17 comments:

  1. Anonymous says

    politic asabiyah..you all marginalise the vast muslim community in iium yet self proclaiming as the best indeed..stupid jerks..! ptuih..!


    Anonymous says

    Bebudak baru jgn terpengaruh dgn wufi je.. pemimipin diorang gila kuasa and gila pompuan...

    derang sama je dgn PKPIM xlayak jadi pemimpin. jadi romeo and juliet bole aaa..

    cakap je lebih... tp wat jahat gak..


    Harapan Online says

    WUFI beristighfar kepada Tuhan andai ada sebarang tindakan yang kami lakukan bercanggah dengan syariat dan ajaran Islam dan norma kehidupan beretnik di Malaysia. Namun Wufi yakin bahawa perjuangan Wufi tidak pernah tergelincir untuk menegakkan kebenaran dan mendedahkan segala kepincangan pihak2 berkepentingan demi kegemilangan UIA sebagai institusi pengajian Islam unggul di persada antarabangsa


    Anonymous says

    hm.. matangkanlah bicaramu wahai anonymous


    Anonymous says

    poyo aa bebudak wufi ckp cam pondan!!!!!


    Akmal Saufi says

    1. Wahai saudaraku Wufi, saya tidak mahu membuat musuh.

    2. Penat ingin melayan manusia yang bertelagah memanjang.

    3. Anggap ini sebagai teguran membina.

    4. Saya setuju dengan ideologi Wufi sehabis habisnya. Ia adalah hasrat yang sangat murni.

    5. Namun begitu, dari kaca mata rakyat Uia, nampak pimpinan Wufi agak lesu dan lambat. Malah mungkin dikalangannya lembab.

    6. Cuba kalian lihat. Betul atau tidak?

    7. Kedua, saya memahami bahawa disebabkan Wufi mempunyai hasrat yang sungguh murni, hanya orang yang bersamanya juga dianggap murni.

    8. Tetapi, sebilangan rakyat bukan Wufi rasa tersisih.

    9. Mereka takut mendekatkan diri. Anda kelihatan 'keras' dan un'approachable'.

    10. Saya cuma berharap, kalau boleh dekatkanlah diri kepada pelajar pelajar ini dan jangan melabelkan mereka. Sampai bilapun mereka tidak akan dekatkan diri. Terpulang kepada anda untuk menarik mereka.

    11. Saya tahu ilmu agama anda sangat tinggi kedudukannya. Maka lagi banyak sebab untuk anda mendekatkan dan menyebarkannya dengan cara berhemah.

    12. Budak meluat.

    13. Sebab anda kerap kata diri anda yang baik. Biarlah rakyat menilainya.Buat sahaja kerja anda. Selebihnya akan menyusul sendiri

    14. Janganlah memuji diri sendiri. Orang akan melarikan diri dari anda. Sebab itulah Wufi sampai sekarang tidak pernah diterima sepenuhnya.

    15. Apa yang saya hasratkan adalah semua mahasiswa bersatu.

    16. Jawab soalan saya. Adakah Wufi sanggup bersatu dengan Aspirasi andai kata Aspirasi tidak lagi bersekongkol dengan mana mana tetapi berjuang hanya untuk pelajar sahaja?

    17. Sanggupkah anda?

    18. Andai kata ya, maka itulah hari yang paling menggembirakan bagi saya dan seluruh mahasiswa dan siswi dalam Uiam.

    19. Hanya orang berkepentingan tidak mahu mahasiswa menjadi suatu kuasa besar.


    Akmal Saufi says
    This comment has been removed by the author.

    Akmal Saufi says

    To the anonymous comments,

    1. There are certain things that i do agree with you.

    2. However, do not make yourself look undeniably stupid.

    3. If you want to go against these Wufi people, do it with honour.

    4. Or else you will just simply be like what you claim them to be.

    5. Even enemies need to be treated with some respect.

    6. Do not make a fool out of yourself. It reflects your mentality.


    nur ainina says

    i AGree..!!
    sokong WUFI 4eva..insyaallah..amiin


    Anonymous says

    Akmal Saufi ni anak menteri yg kt law tu kew? wah, anak menteri kabinet bace harapan ke? ni mesti ade agenda tersirat ni. lgpun, dengar kate dia yang jd calon kt law tu kn? calon aspirasi kerajaan. bg saya, cakap dia jangan di pecaya sebab mesti dia ada agenda nk menangkan aspirasi dan letak wakil2 umno dlm src nnt.


    Anonymous says

    harapan online is for all...everyone ley access n comment...semua ad hak...pandangan individual berlainan...jd dengar n terima je la...to be as src, kte kne perjuangkan students welfare...bukan perjuangkan parti either wufi or aspirasi...kalo setakat na jd src sebab politic baik x pyh...dats why src uia smpai skrg students rmai x suka....welfare students pun x dijaga...sibuk na berpolitic je...
    students x pena na kisah u r wufi or aspirasi..as long as students welfare dijaga...
    onemore,"we unite for islam"
    sejauh mna kah ISLAM itu diperjuangkan atau hanya berselindung disebalik perkataan ISLAM... ??...if juz mgunakan nama ISLAM dlm perjuangan baik x pyh...renung-renungkan lah...


    Anonymous says

    if ASPIRASI meletakkan calon UMNO.. same gak WUFI meletakkan calon PAS... btl x????so same je la kan....x pyh na kata org je lebey...if both can give benefits to students welfare, bgs je....


    Akmal Saufi says

    1. Ya. Saya Akmal Saufi. Anak Mohamed Khaled Nordin.

    2. Kedua, saya tidak bertanding atas kerusi Kulliyyah Undang-undang.

    3. Ketiga, salahkah saya ingin memberi teguran sesama Islam?

    4. Keempat, prinsip saya sokong yang baik tolak yang buruk.

    5. Wahai Nur Idayu. Siapa bapa saya bukan pilihan saya.

    6. Yang penting apa yang saya lakukan demi memperjuang nasib mahasiswa.

    7. Saya kecewa atas tuduhan tidak berasas.

    Sekian.


    Anonymous says

    Assalamualaikum...tahniah kepada pro mahasiswa...poyo ke, ntah pape ke, at least x bwak masuk anasir2 x bagus dlm uia, konsert rock, terlompat2 sana sini masa convest..aku malu, igt masuk uia dpt tgk bnda2 baik n nak cari kawan2 yg elok(utk perbetolkan diri), tgk2 sama bnyak je pikiran2 x betol, gune logik akal..bg aku, aspirasi mmg x gune, nasib baik aku x undi diorg..aku x layan sgt politik kampus, tp makin lama makin mluat(kawan aku slah sorg src gpms)..kalo aku nk undi, maybe pkpim n wufi..wat malu la aspirasi ni, mcm org kampung terjerit2 sana sini..padan la korg kalah..


    Anonymous says

    ASSALAMUALAIKUM....

    Manusia akhir zaman sekrg nin hendak lah bergerak melalui jemaah....

    Jemaah2 ini seperti WUFI,PKPIM,KARISMA mempunyai satu matlamat iaitu menyampai ajaran Islam..... Tetapi mempunyai perbezaan dari segi ideologi.......

    apa yg dapat dilihat..... pada zam tabligh juga mempunyai beberapa jemaah cntoh nyer ikwanu muslimin yg diasas kan oleh Hasan Albana...... serta mempunyai ideologi yg tersendiri bg mencapai tujuan iaitu menyampai kan ajaran islam.....


    Abdul Muiz says

    Assalamualaikum.saya tertarik dgn bicara saudara akmal saufi.Wahai saudara saufi,sudikah anda menjadi follower saya?anda boleh melayari blog saya di lamanweb ini.http://kalammindamuiz.blogspot.com.Kalau saudara ada blog silalah bg lamatnya supaya sy pun leh jadi follower anda.saya tidak tahu apa yg patut sy komen di sini.cuma arap wufi tidak bertindak menjadi cawangan mana2 parti politik.tumpukan kpd pelajaran dan politik siswa.


    Anonymous says

    wufi ni puak palat


>>Followers