"Mereka" Main Kotor
UIA GOMBAK, 24 Dis — Universiti Islam Antarabangsa baru-baru ini dikejutkan dengan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang telah menyalahgunakan nama MPP UIA untuk menganjurkan sebuah program haram di kem PLKN Desa Rimba, Chenderoh, Kuala Kangsar.
SMS tersebut mengandungi butir-butir ringkas mengenai nama, tarikh dan tempat program selain menggunakan nama MPP UIA (SRC) sebagai penganjur program tersebut. SMS tersebut berbunyi:
“Salam. 18-21 Disember 2008 ada program kepimpinan dinamik mahasiswa anjuran MPP UIA di Kuala Kangsar Perak. Segala Kemudahan disediakan seperti makan, penginapan & pengangkutan. Elaun sebanyak RM50 akan diberikan kepada yang berminat. Sesiapa yang berminat akan diambil di tangga besar UIA pada jam 2 petang pada 18 Disember 2008. Sesiapa yang berminat sila balas mesej ini. Spread the words to all our
groupmembers. TQ”
Hasil selidikan wakil MPP UIA 07/08 mendapati bahawa mesej tersebut disebarkan oleh penganjur program itu sendiri. Perisik-perisik WUFI juga mendapati bahawa program ini dibiayai sepenuhnya oleh sebuah badan politik luar, United Malays National Organization (UMNO).
Sebagaimana yang semua maklum, MPP UIA telah pun dibubarkan pada 19 September yang lalu apabila mereka mengadakan AGM mereka di Mini Auditorium. Bermula dari tarikh tersebut hingga kini, tiada badan perwakilan mahasiswa yang sah sehinggalah pilihanraya kampus diadakan.
Wakil MPP UIA yang turut berada ketika rombongan tersebut bertolak mendapati program ini dikepalai dan disertai oleh pemimpin-pemimpin daripada Kelab Wawasan dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Program yang dianjurkan beberapa hari sebelum semester bermula ini merupakan salah sebuah perancangan rapi mereka untuk mempersiapkan jentera Aspirasi menjelang Pilhanraya Kampus yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.
1 comments:
salam ..
kehangatan pilihanraya kampus sudah bermula =)
apa kata pihak HARAPAN.blogspot membuka satu topik perbincangan berkaitan isu pilihanraya kampus?
saya berminat untuk membaca tulisan sahabat2 kita =)
berkaitan isu ini .. hurmm .. PROGRAM KEPIMPINAN DINAMIK MAHASISWA ..
secara literal adalah satu prog yg baik .. melibatkan mahasiswa .. dan kepimpinan ..
anjuran MPP UIA .. jika benar maka baguslah kerana program untuk mahasiswa berkaitan kepimpinan ..
kemudahan dan elaun .. bagus kerana kebajikan kita dijaga ..
kemudian kita lihat pula secara 'disebalik batu besar' =)
program .. dibiayai UMNO .. hurmm sebuah parti politik .. yg kaya .. alhamdulillah mereka salurkan kekayaan mereka kepada mahasiswa kita ..
tapi apa pula motif sebenar mereka?
apa pengisian program mereka?
adakah berkaitan kepimpianan? atau politik?
kepimpinan membawa satu definisi yg besar .. adakah cara untuk memimpin? atau cara untuk dipimpin sambil memimpin? atau cara untuk MENJADI pemimpin?
itu persoalan nya .. dan persoalan tambahan .. siapa pula yang mengajar kepimpinan ini? orang UMNO itu sendiri atau .. consultant?
kebiasaannya program2 akan dibimbing oleh consultant yg dilantik .. dan mereka orang UMNO hanya datang n cakap sikit sajaa ..
jadi apakah input dan output program ini? lebih kepada kepimpinan??
dan seterusnya isu berkaitan pengunaan nama pihak MPP UIAM .. hurmm saya kira jika ada pihak yg mengatakan saja yg menganjurkan pun saya berbesar hati =) ingin saya ucapkan terima kasih =) program yg DILIHAT baik =)
apa pun .. saya harap tiada unsur kepartian atau hasutan dalam program tersebut .. jika yang hadir adalah Kelab Wawasan atau GPMS sahaja .. apalah kira nya pihak dari kita yang lain ini dijemput sama =)
muafakat membawa berkat ..
yang baik elok dikongsi =)
salam kejujuran,
zahirul haq