Salam Pictures, Images and Photos

Lebih 2,000 mahasiwa, warga UIA berdemo bantah Israel

GOMBAK, 3 Jan (Hrkh)- Seramai lebih 2,000 orang mahasiswa, mahasisiwi dan kakitangan UIAM telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM petang semalam.

Perhimpunan diadakan bagi membantah dan mengecam kekejaman dan kezaliman rejim Zionis yang telah menyerang Semenanjung Gaza dan mengakibatkan kematian beratus-ratus nyawa umat Islam yang tidak berdosa.

Perhimpunan yang diadakan sejurus solat Jumaat itu telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada jemaah masjid dan mendapat kerjasama yang baik daripada pentadbiran universiti.

Perhimpunan telah dimulakan dengan laungan takbir dan ucapan yang penuh bersemangat daripada wakil mahasiswa. Pelbagai sepanduk dan 'banner' juga telah dibawa yang mengutuk kezaliman Israel dan menuntut pembebasan Palestin daripada cengkaman Israel.

Wakil mahasiswa yang berucap telah menyentuh latar belakang isu serangan Israel ini dan menggesa semua pihak termasuk pemimpin negara agar berusaha menamatkan konflik berdarah ini.

Wakil yang berucap daripada Kelab Ma'ruf juga telah mencabar agar semua parti politik, tanpa mengira ideologi dan fahaman politik bersatu membawa isu ini dengan mengadakan solat hajat serta munajat bagi mendoakan keselamatan saudara seislam di Gaza.

Dalam perhimpunan ini,bendera Israel juga telah dibakar oleh mahasiswa bagi menunjukkan kemarahan mahasiswa terhadap sikap angkuh rejim Yahudi. Perhimpunan aman ini berakhir dengan semua peserta perhimpunan membacakan doa wehdah bagi menunjukkan kesatuan umat Islam di samping mendoakan keselamatan Muslim di Gaza.

Perhimpunan ditamatkan secara aman pada jam 2.45 petang tanpa sebarang kekacauan dan provokasi. - azm_

8 comments:

  1. Anonymous says

    hari tu seigt aku aku demo gak kt KLCC... juz cdgn aku la, pegi la klcc, wat bsr besaran. biar msk paper, br ade hsl nye. ini kat uia ape yg ade. pastu ckp 2ribu? yeke bang... nak 3ratus pun susah kot... lg satu, jgn menipu...nnti org xcaye.. jgn ckp lebat je samapi 2 ribu lebey..


    Unknown says

    salam..harap berita dari webharapan diperhebatkan lagi utk pilihanraya ini..


    Anonymous says

    ek eleh demo Pemuda Ameno wat pastu taknakkjoin dengan orang lain wat...
    orang marah kat US ISrael pegi la KEdutaan US ini tak marah kat US-Israel yang dia pegi demo depan kedutaan Palestin

    hahahaha

    apa punya turrr la PEmuda Ameno... siap serah memorandum lagi tu... apa yang dia tuntut... tuntut bagi semua rakyat Palestin mati ker...

    cerrooiii punya kaki...


    Anonymous says

    salam ..

    saya berbesar hati melihat warga UIAM senstif terhadap isu Israel-Palestin yang berlaku sekarang ..

    kia lihat bagaimana kebiadapan pihak Israel memusnahkan salah sebuah institusi Islam di muka bumi Allah ini ..

    perancangan mereka bahkan direstui pihak AS .. kerana agenda mereka yg sama ..

    apa yg kita harapkan adalah untuk menunjukkan keperpaduan Islam di setiap pelusuk dunia ..

    marilah wahai saudara ku seagama .. kita bersatu .. tunjukkan betapa sayang nya kita kepada saudara kita di Palestin .. sayang nya kita kepada kedamaian dan keamanan .. dan sayang nya kita kepada agama Islam kita ..

    tapi seikhlas hati saya ingin mengingatkan betapa mereka segelintir pihak di Palestin sendiri yang tidak bersatu hati dalam melawan rejim Israel ..

    kita tahu pertelingkahan Hamas - Fatah .. kita tahu ketidaksepakatan antara negara2 Arab dalam isu Palestin .. jadi di mana kah kesepaduan mereka dalam menolong Palestin? bumi di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam?

    negara kita Tanah Melayu sendiri pernah jatuh ke tangan luar .. kerana pertelingkahan pihak dalaman .. dan disini saya ingin mengingatkan kita .. janganlah diulangi kesilapan silam ..

    dan saya doakan kepada sekalin saudara di Palestin .. semoga mereka diberikan kekuatan dalam menahan dugaan yg diberikan ke atas mereka .. sesungguhnya sekalian saudara seislam di sini mendoakan kesejahteraan mereka ..

    semoga sehingga ke akhirnya .. penyatuan seluruh saudara seIslam akan dapat membina 'kubu' pertahanan kuar agar benteng Islam tidak roboh dilanda ancaman musuh Islam ..

    salam kedamaian,
    zahirul haq


    Anonymous says

    Mana berita PRK?


    hassan says

    update la.. update la. waawawawawawawa..malu kito lagu ni gak


    Anonymous says

    2000 orang???

    Yer ker.. ni tipu ni..

    Aku tengok 100 pun macam susah nak sampai jer..

    Ni pulak 2 ribu orang? Bohong nih!!!!

    Pastu.. bleh plak buat kat UIA?? Aper citer..

    Kau nak tunjuk perasaan kat saper kat UIA??

    Dekat US? Dekat Israel??

    Diorang ader ker dekat SHAS Mosque tuh??

    Alahai... lemah tul dak2 ni...


    Anonymous says

    2000 orang??

    Tukang buat POST ni memang tak bertanggungjawab..

    Menipu.


>>Followers