Salam Pictures, Images and Photos

Debat Dzul-Mior : MMP UIAM Sedia Jadi Orang Tengah


Majlis Perwakilan Pelajar UIAM (MPPUIA) memandang positif perkembangan yang berlaku dalam dunia aktivisme mahasiswa hari ini. Cabaran Saudara Dzulkhairi, Pesiden GAMIS yang disambut oleh Saudara Mior Isfandy, Mantan aktvis GAMIS dilihat sebagai satu usaha murni dalam merintis metode politik matang mahasiswa.


Debat intelek terebut menjadi bukti betapa mahasiswa pada hari ini semakin dinamik dalam memberikan respon terhadap sesuatu kemelut politik nasional. Ia bakal menjadi pemangkin kepada pemartabatan nilai ilmu dan akademik dalam dunia aktivisme mahasiswa pasca PRU-12.


Justeru, MPP UIA dengan sukacitanya berbesar hati menawarkan diri untuk menjadi ‘orang tengah’ dalam debat intelek antara 2 tokoh muda tersebut. MPP UIA bersedia untuk menjayakan hasrat kedua-dua anak muda ini untuk bertemu dan berdebat.



MPP UIA yakin dan optimis bahawa debat tersebut akan dijalankan dengan penuh harmoni dalam semangat kekeluargaan yang tinggi. Intelektualisme bakal menjadi latar belakang debat tersebut di samping rasa kebertanggungjawaban dan amanah dengan fakta dan hujah yang bakal disampaikan.


MPP UIA benar-benar berharap agar deat tersebut mendapat sambutan baik dari seluruh angkatan mahasiswa yang lain. Debat tersebut bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri dan bakal mencetuskan suasana baru dalam dunia juang mahasiswa.


MPP UIA juga berharap agar debat tersebut tidak semata-mata tertumpu kepada isu Unity Government sahaja yang telah pun menemui noktahnya baru-baru ini, namun ia diharapkan bakal mencakupi beberapa persoalan asas yang lain termasuklah kesatuan dan perpaduan ummah Islam-Melayu di Malaysia.


Mahasiswa Memimpin Perubahan.



Oleh:

MUHAMMAD SOFIYUSSALAM BIN MOHAMAD JOHARI

Presiden

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


0 comments:

>>Followers