Salam Pictures, Images and Photos

Pro-M UIAM Minta Shazni Munir Tarik Balik Kenyataan Terhadap Timb. Presiden PAS

Suatu perkembangan yang baik bilamana semua pihak memberikan pandangan-pandangan konstruktif terhadap isu kerajaan perpaduan termasuk mahasiswa. Mungkin suatu kebangkitan bagi mahasiswa terhadap isu yang berlaku dalam Negara. Namun adakah kelas mahasiswa ini mampu memberi impak yang baik dalam mengharmonikan krisis dalaman yang berlaku dalam PAS.



Bukanlah mahu membantutkan perkembangan dan kebangkitan mahasiswa. Akan tetapi jika dilihat ia sangat-sangat membimbangkan kerana pandangan yang diberikan kadang- kadang kurang kena dengan keadaan. Sedarkah kita (mahasiswa) kerana kenakalan kita itu akan menambahburuk kepada situasi yang berlaku.


Isu kerajaan perpaduan telah selesai. Alhamdulillah…Namun masih ada sesuatu yang perlu kami (Pro-M UIAM) nyatakan di sini. MSO dalam blognya tertulis kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz: "Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."



Di sini dengan hormatnya kami (Pro-M UIAM) mahu meminta supaya Presiden PMIUM saudara Shazni Munir menarik balik kenyataan- kenyataan beliau terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa baru- baru ini (PMIUM gesa pemimpin ‘Pro-Kerajaan Perpaduan’ ke ‘Tribunal Hisbah’ ) dan memohon maaf kepada Timbalan Presiden PAS itu . Tok Guru sudah menarik balik kenyataan beliau. ANDA bila lagi?



Jika tidak berbuat demikian kami (Pro-M UIAM) bimbang nama mahasiswa Islam sedikit tercalar disebabkan kenakalan kita itu. Kami pohon kepada sahabat untuk berbuat demikian seberapa segera demi menjaga nama baik mahasiswa Islam. Sekian.



Oleh: Ahmad Nasrun bin Mohd Din

PENGERUSI PRO-M UIAM

0 comments:

>>Followers