Salam Pictures, Images and Photos

Kemenangan Pro-M di UIAM

Pro-Mahasiswa menang besar di UIA buat kali ke-10
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Hrkh) - Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatatkan kemenangan buat kali kesepuluh dalam sejarah pilihan raya kampus selepas berjaya menguasai sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Pengumuman keputusan tersebut dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM, Dato' Hamidon Abdul Hamid pada 22 Januari lalu di Dewan Eksperimen, universiti berkenaan.

Usaha kumpulan Aspirasi yang cenderung dengan kerajaan BN terus gagal walaupun mereka menguasai kampus-kampus selain Universiti Malaya.
Kumpulan Pro-Mahasiswa UIAM berjaya menguasai sembilan kerusi dengan mendapat masing-masing dua kerusi di Kuliyyah Kejuruteraan, Kuliyyah Undang-undang, Kuliyyah Ilmu Wahyu serta memenangi satu daripada dua kerusi yang dipertandingkan di Kuliyyah Ekonomi, Kuliyyah Senibina dan Kuliyyah Teknologi Maklumat.


Sementara itu, kampus UIAM Kuantan pula mempertandingkan sepuluh kerusi bagi lima fakulti atau kuliyyah. Daripada jumlah tersebut, kumpulan Pro-Mahasiswa berjaya memenangi lapan kerusi di Kuliyyah Pergigian, Kuliyyah Sains, Kuliyyah Nursing, Kuliyyah Farmasi dan Perubatan. Manakala pengundian bagi satu lagi kuliyyah, iaitu Sains Kesihatan Bersekutu ditangguhkan kepada 29 Januari atas masalah teknikal.

Bagi kerusi antarabangsa di kampus Gombak dan Kuantan, semuanya dimenangi tanpa pertandingan dengan masing-masing mencatatkan keputusan empat dan dua kerusi.

Sementara itu, Hamidon dalam satu kenyataannya kepada pemberita menyatakan bahawa pihaknya tidak dapat menafikan kewujudan kumpulan pro-Mahasiswa, Aspirasi dan PKPIM dalam pilihan raya kampus berkenaan.

"Kita tidak dapat lari daripada wujudnya kumpulan-kumpulan berkenaan kerana ianya adalah natural, namun apa yang lebih penting, semua pihak mengetahui peranan serta menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kemerosotan peratus keluar mengundi kepada 77.35 peratus berbanding tahun lalu iaitu kira-kira 80 peratus berpunca daripada kebanyakan mahasiswa telah kembali ke kampung halaman masing-masing kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina.

"Kita telah membuat sebaran mengenai pilihan raya ini dan menjalankan kempen bagi menggalakkan mahasiswa turun tetapi ramai yang tetap berkeras.

"Untuk itu, pihak universiti akan menghantar notis tunjuk sebab kepada mereka yang gagal keluar menunaikan amanah sebagai pengundi," tegasnya.

Bagaimanapun, dewan tempat keputusan pilihan raya diumumkan gamat sewaktu majlis bersurai apabila seorang jurucakap PKPIM, Saifullah Zulkifli yang membuat pengumuman bahawa terdapat pihak tertentu yang mengeluarkan risalah memburukkan persatuan tersebut.

"PKPIM menganggap pilihan raya kampus ini pilihan raya terkotor kerana pihak kami tidak mengeluarkan risalah seperti ini," ujarnya sambil mengoyakkan risalah yang didakwa cuba mensabotaj persatuan berkenaan.

Walau bagaimanapun, keadaan kembali reda setelah beliau bersama-sama penyokongnya meninggalkan dewan berkenaan dengan aman.

Proses pengundian bagi pilihan raya kampus UIAM telah dijalankan pada 22 Januari lalu bermula jam 9.17 pagi yang berakhir pada jam 5.17 petang. Hari penamaan calon ditentukan tiga hari sebelum itu.

Ia menggunakan sistem pengundian secara online atau e-voting sepenuhnya dalam proses pengundian.

5 comments:

  1. Anonymous says

    berakhlaklah dengan akhlak nabi, dari segi pnulisan dan pertuturan komentar di sini, kbanyakannya berbaur emosi dan bersifat menghukum...istilah talam dua muka menggambarkan kritikus sgt tidak berhikmah, bahkan mncetus pertelingkahan. mempertikaikan manhaj dan prinsip gerakan islam yang lain juga pncetus kepada ptlingkahan..
    konsep non partisan adalah jelas seperti amar ma'ruf nahi munkar..
    kterlibatan dalam politik kampus tidak seharusnya disamakan dengan politik luar kerana universiti melahirkan mahasiswa yang mempunyai ideologi dan matlamat kebaikan tanpa dipengaruhi mana-mana parti politik..sesiapa sahaja punya hak membawa kbaikan, baik wufi, pkpim mahupun gpms..siapa kita mletakkan smepadan antara mereka seolah2 jika x mmilih gerakan kita dikira pesalah?
    akhir kata, berakhlaklah dengan akhlak nabi


    Anonymous says

    aku just pelik satu jela kat cni. nape xbuat dlam forum. kan lebih menarik.. ini mcm one way punya information..JANTAN la sket..


    Anonymous says

    kemenangan @ kekalahan mana2 pihak pada PRK tak membawa pape makna. sapa yg bertanding tu hanya lah gila kuasa, syok sendiri n sembang kuat tp x praktikal. kalo mahu PRK yg sebenarnya, turun n berpidato ttg manifesto masing2 dpn sume student. Pejuangkan hak2 student, bukan hanya duk asyik sibuk jaga cgpa. PRK generasi2 sekarang juz competition among chickens!


    Anonymous says

    to anonymous,

    erm, mungkin ada benarnya apa yang saudara katakan. namun adalah tidak adil untuk saudara membyuat khulasan umum mengenai semuanya. saudara seolah-olah tidak cakna dan tidak menghargai apa2 sumbangan mereka yang berada di sana. anyway, bagus pandangan saudara. moga2 pemimpin kita mengambilnya sebagai muhasabah:)


    Abdul Muiz says

    Assalamualaikum.
    syabas kpd yg menang tp ingat jgn terlalu berpolitik hingga abaikan pelajaran.ada persatuan siswa tumpang sibuk dgn politik nasional yang tidak ada kena mengena dgn kita.mulai sekarang amalkan politik hikmah


>>Followers