Salam Pictures, Images and Photos

WUFI/Pro-M di Hati Mahasiswa UIA

22 JAN - Kampus UIAM adalah kampus terakhir di Malaysia yang menghadapi Pilihanraya Kampus (PRK) bagi sesi 08/09. Kemenangan Pro-M di UIAM kali ke-10 memberi gambaran bahawa Pro-M yang dilabelkan sebagai pembangkang dan anti-establishment masih diterima oleh mahasiswa.

Kemenangan dan kejayaan Pro-M bukanlah di UIAM sahaja. Pro-M berjaya di beberapa kampus lain antaranya UM yang mampu untuk menjadi kerajaan. Kampus- kampus lain menunjukkan peningkatan yang mendadak. keputusan penuh kerusi yang dimenangi oleh Pro-M di kampus- kampus di Malaysia:
UIAM - 17
UM - 21
UPM - 13
UKM - 12
UPSI - 8
UTM - 10
USM - 6

Walaupun Pro-M dimomokkan mempunyai perkaitan dengan parti pembangkang Pakatan Rakyat, namun kejayaan mereka menggambarkan label tersebut adalah tidak benar. Ramai aktivis mahasiswa berpendapat label tersebut memberi kredit besar kepada Pro-M kerana rakyat termasuk mahasiswa memilih dan ingin bersama Pakatan Rakyat dalam mencapai pembangunan dan kemajuan.

Ancaman daripada pentadbiran tidak menjadi halangan untuk Pro-M meneruskan perjuangan untuk menjuarai hati mahasiswa di kampus masing- masing.

TERIMA KASIH KEPADA STUDENT UIAM KERANA MENGUNDI DAN MENYOKONG CALON- CALON WUFI/PRO-M!!!

6 comments:

  1. Anonymous says

    hope leh perjuangkanlah hak2 student,jangan nnt sama jer cam yang len...kat uia,masalah banyak..wifi antaranya janji student leh pakai,tapi hanya kat cafe,mana janji2 seluruh uia leh pakai..harap wufi can d smthg...bukan masalah wifi jer dan byk lagi...


    Anonymous says

    aku pun undi wufi gak ari tu..aku xsuka manifesto yg gempaq2, last2 xterbuat.. tapi yg plg aku harapkan la. tlg la urge sport complex supaya court badminton tu bkk hari minggu. weekend la bdk2 nk main.. jgn dok menang saje,tapi ape pun xbuat. ckp kebajikan student, ckp psl amanah.. tapi kalo satu pun xbuat xyah ckp bnyk la kan...wsalam


    Anonymous says

    drpd pengamatan la.. yg undi PRK2008 tidak adil dan telus adalah yg tertinggi. jd, adakah ini bermakna kemenangan Pro-M adalah tidak sah.. em sape2 tlg jwb.. huhu


    Anonymous says

    aku x gi memgundi pun. PRK generasi2 sekarang x macam dulu. aku lg suka zaman mukhtar suhaili dulu. slalu turun padang n berjiwa student. generasi sekarang cuma sekadar ckp n sembang kuat je. manifesto tggl manifesto aje. time PRK bru turun bagi poster kt student, tersengih2. time da menang, duk menyorok2 pastu asyik sibuk jga pointer je. time prog je bru turun. hampeh, x malu ke mintak undi student. Dua2 pihak (Pro-M @ Pro-A) sama aje. duk asyik bergaduh n student jd mangsa. bila idealisma n self-interest mengenepikan tanggungjawab, susah laa..


    Anonymous says

    woi...sory ksr..
    tp ni yg spttnye aku ckp kot...xkn la sebelum mengundi gile2 korg kerja...kerja nk dpt undi je ke...
    pas dpt jawatan ape yg KORANG buat!!!


    Anonymous says

    update la blog ni.. mahasiswa pun x reti nak update blog ke? weh. update la. atau tutup je blog ni.. menyemak je..


>>Followers