Salam Pictures, Images and Photos

Jubli Perak UIA: TAHNIAH


We Unite For Islam (WUFI)
mengucapkan setinggi tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atas kecemerlangan dan kegemilangan yang telah dicapai sepanjang 25 tahun penubuhannya.

Kami sentiasa optimis dengan komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh setiap staf dan anggota kerja UIA demi merealisasikan visi dan misi UIA tercapai.
WUFI mendoakan agar Taman Ilmu dan Budi ini akan terus berkembang sebagai sebuah pusat percambahan ilmu dan ketamadunan Islam terbaik di dunia ini. Moga UIA akan terus melahirkan individu-individu yang mampu memberi sumbangan besar terhadap negara dan ummah keseluruhannya.
Terima kasih UIA

0 comments:

>>Followers