PARTI MAHASISWA NEGARA: Lembaran Baru Perjuangan Mahasiswa
Penglibatan generasi muda pasca merdeka dalam sosio-politik negara ini bukanlah satu perkara yang asing. Seawal dekad 60-an dan 70-an, golongan ber“darah panas” ini sudah mula menunjukkan minat dan kecenderungan mereka untuk bergiat aktif dalam gerakan sosial yang rancak ditubuhkan hasil dorongan dan suntikan tokoh-tokoh politik masa itu dan badan-badan kerajaan. Namun, malangnya, sebahagian daripada pertubuhan yang diwujudkan itu hanya bersifat “hangat-hangat tahi ayam”. Cita-cita yang digagaskan pada peringkat awal penubuhan mati apabila dikaburi dengan ufti-ufti lumayan sebagai pemalu kompang dan pemacak bunga manggar di majlis-majlis yang dihadiri negarawan-negarawan semasa (samada ternama mahupun picisan).
Meskipun begitu, fenomena tersebut sedikit-sebanyak terubat apabila kelompok-kelompok intelegensia mula merencana agenda untuk turun membantu rakyat. PKPIM, PBMUM, MPPUKM, PMUM dan beberapa yang lain adalah antara pertubuhan siswa yang vokal pada masa itu mencabar dasar-dasar kerajaan di samping melontar permasalahan rakyat terpinggir ke khalayak masyarakat. Dari situ, bergemalah laungan “mahasiswa jurubicara ummah”, “student power” dan sebagainya. Namun, tiada seorang pun daripada ikon-ikon perjuangan mahasiswa pada ketika itu mengambil keputusan untuk bertanding dalam pilihanraya dan seterusnya menjadi suara kepada rakyat marhain dalam dewan Parlimen.
Saban tahun, orientasi gerakan mahasiswa mengalami transisi yang positif. Aktivisme mahasiswa makin hari makin matang meskipun cabaran dan hambatan semakin mengekang. Penguatkuasaan AUKU, intipan rapi daripada Special Branch(SB) di dalam kampus, penubuhan sayap putera dan puteri UMNO; merupakan sebahagian daripada pelbagai lagi sekatan dan ancaman golongan yang berkuasa. Namun, gerakan mahasiswa tidak pernah lelah. Idealisme tulen terus diperjuang.
Dekad ini, tanggal 7 Jun 2008 secara tepatnya, perjuangan mahasiswa sekali lagi telah mengubah rentak dan corak perjuangan. Bertempat di pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, beberapa front mahasiswa telah teguh berdiri menyatakan kesediaan mereka untuk terjun ke dalam kancah politik tanah air secara langsung di bawah nama PARTI MAHASISWA NEGARA (PMN). Di hadapan wakil-wakil media, pendokong-pendokong setia dan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berikrar melafazkan kesungguhan mereka untuk membela nasib rakyat yang pada mereka diperkotak-katikkan oleh badut-badut politik yang sedia ada.
Secara ringkas, modus operandi mereka adalah mendaftarkan PMN di bawah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai sebuah parti politik yang sah untuk bertanding, dan seterusnya menghantar calon-calon mereka yang terdiri daripada mahasiswa untuk bertanding di beberapa kerusi dalam pilihanraya umum ke-12 yang akan datang. Teguh, berani, cekal, lantang, progresif dan efisien; mungkin ini adalah sebahagian daripada compliments yang selayaknya dianugerahkan kepada pengasas-pengasas PMN ini. Undang-undang drakonian yang terkandung dalam Akta Universiti Kolej Universiti akan diterjah. Menurut Azlan Zainal, ko-ordinator PMN: "Bagi kami, AUKU tiada dalam kamus perjuangan kami kerana kami tidak bersetuju dengan perlaksanaan Auku selama ini," katanya kepada pemberita.
Secara peribadi, saya menyokong inisiatif yang diambil PMN untuk mewujudkan kesedaran dan partisipasi politik daripada golongan akaemia ini kepada masyarakat keseluruhannya. Bahkan, ia juga menjadi satu tanda aras yang baik terhadap kematangan mahasiswa dalam memahami peranan dan tanggungjawab sosial yang perlu dimainkan oleh warga siswa. Ia adalah satu langkah yang baik untuk menyediakan batu asas kepada peralihan konsep dan mutu perjuangan mahasiswa pada masa akan datang.
Baki lagi, terserah kepada semua perencana, pencatur, pemikir, pelaksana dan pendokong PMN untuk mengoptimakan peluang yang sedia ada. Langkah perlu disusun kemas dan rapi. Tersilap langkah buruk akibatnya. Rakyat mungkin akan memberikan peluang sekali ini untuk mahasiswa membuktikan kemampuan mereka dalam membela hak dan nasib mereka yang tidak menentu. Namun, andai peluang ini tidak dicermati sebaiknya, rakyat mungkin akan terus hilang keyakinan mereka terhadap perjuangan mahasiswa.
Filasuf Aristotle ada menyebut: “Sistem Negara yang adil bererti mengelak daripada kecurangan pleonexia, iaitu dengan memperolehi manfaat atau faedah dengan merampas hak orang lain sama ada harta atau jabatan; mengkhianati hak orang lain atau memungkiri janji”. Justeru, seruan saya kepada SPR, jangan lagi dinafikan hak mahasiswa. Mereka sudah sekian lama terkurung dalam penjara yang tidak berpagar.
Zulfattah Ibrahim
“We Unite For Islam”
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

1 comments:
come on aktivis UIA
update blog anda.
jangan biarkan pembaca bosan dengan senario politik uia