Salam Pictures, Images and Photos

Najib Resah Tinggalkan Parlimen: MPPK Ditunda!

GOMBAK - Semua perwakilan Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) di seluruh Malaysia minggu ini telah menerima surat daripada Kementerian Penganjian Tinggi menunda Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang sepatutnya dijadualkan bermula semalam hingga hari ini.

Wakil-wakil MPP telah dimaklumkan berkenaan mesyuarat tersebut kira-kira sebulan yang lalu dalam satu perjumpaan rasmi dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin di KPT, putrajaya. Surat jemputan ke mesyuarat tersebut juga telah diterima.

Menurut isi kandungan surat jemputan tersebut, setiap Yang di-Pertua MPP akan bersidang pada 7 Mei 2008 sebagai persediaan untuk Mesyuarat MPPK sebenar pada 8 Mei 2008 bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun, kedua-dua mesyuarat ini dibatalkan dan ditunda ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan.

Surat tersebut menyatakan alasan pembatalan mesyuarat tersebut adalah kerana Datuk seri Najib perlu menghadiri mesyuarat kabinet dan beberapa masalah lain di saat-saat akhir. Tiada alasan khusus yang diberikan.

Namun, dikhabarkan, sebenarnya antara sebab utama sidang MPPK kali ini dibatalkan adalah kerana Datuk Seri Najib khuatir untuk meninggalkan Sidang Parlimen yang sedang berlangsung pada waktu ini. Berbeza dengan mesyuarat MPPK yang lepas, Datuk Seri Najib tiada sebarang masalah untuk hadir dan meninggalkan Dewan Parlimen yang sedang bersidang.

Mungkin inilah antara impak tsunami politik yang berlaku baru-baru ini. Kelalaian dan pengabaian tanggungjawab oleh salah satu pakatan (BN atau PR) akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada pakatan tersebut. Dengan jumlah kerusi Pakatan Rakyat yang agak besar dan kelantangan mereka bersuara, dikhuatiri ketiadaan beliau akan menjejaskan kekuatan BN di Parlimen.

Satu teori lain adalah beliau resah andai ketika beliau tiada, beliau akan digelar dengan pelbagai gelaran binatang oleh ahli Dewan Parlimen yang lain dan beliau tidak dapat bersuara untuk membalas kembali ejekan tersebut.

0 comments:

>>Followers