Salam Pictures, Images and Photos

Sikap "Double Standard" Punahkan Negara

Disediakan oleh: Din Rahmat

Setelah isu projek babi menempelak pemimpin UMNO Selangor, kini media arus perdana bertukar “game” iaitu dengan memainkan sentiman raja-raja Melayu. Bermula dengan perlantikan Menteri Besar Perak hinggalah kepada kenyataan Karpal Singh (YB Tasik Gelugor) yang mempertikaikan campur tangan Sultan Perak dalam perpindahan Ketua Jabatan Agama Islam Perak, Dato’ Jamry Sury.

Mahasiswa melihat bahawa isu ini bermotifkan politik rakus pihak tertentu. Isu raja-raja Melayu sengaja dibangkitkan semata-mata untuk menaikkan sentimen-sentimen perkauman di negara kita. Apa tidaknya, sewaktu pemecatan Mufti Selangor kerana membantah pengharaman petandingan Ratu Cantik di kalangan orang Melayu, tiada satu pun akhbar arus perdana yang bangkit membela tindakan Allahyarham Dato’ Ishak Baharom. Sedangkan beliau ialah penasihat agama kepada Sultan Selangor pada waktu tersebut.

Jika diteliti berkenaan kedaulatan Institusi Beraja, UMNO yang patut dipersalahkan dalam menghakis kuasa raja-raja Melayu. Tentunya kita masih ingat berkenaan demonstrasi besar-besaran yang dikepalai oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohammad yang bermotif untuk menyekat kuasa raja-raja Melayu pada era 80-an.

Melalui media massa rakyat digambarkan seolah-olah MB Perak tidak menghormati Kesultanan Melayu Perak. Tetapi rakyat tidak buta sebelah mata. Mereka cukup jelas dengan isu perlantikan MB Perlis dan Terengganu. Kain rentang yang tertera perkataan “Natang” masih lagi terpalit di ingatan rakyat. Isytiharkan juga mereka sebagai penderhaka kepada Raja-raja Melayu! Ini menampakkan pemimin-pemimpin UMNO bersikap “double standard” terhadap rakyat.

Mahasiswa juga melihat bahawa apa yang diperkatakan oleh YB Karpal ada asasnya kerana menurut Perlembagaan Persekutuan, Institusi Beraja seharusnya tidak mencampuri kuasa eksekutif. Ini kerana perpindahan tersebut adalah berkaitan dengan Jabatan Kerajaan iaitu Jabatan Agama Islam Perak bukannya Majlis Agama Islam Perak yang mana tertakluk di bawah kuasa Sultan. Kuasa Sultan, Eksekutif dan kehakiman perlu difahami secara mendalam bukan seperti yang telah dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Walau bagaimanapun, Mahasiswa Islam ingin membuat teguran terhadap YB Karpal agar berhati-hati apabila ingin menyampaikan sesuatu perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat di negara ini. Keharmonian dan kesepaduan antara kaum perlu dipelihara agar kesejahteraan di Malaysia akan terus terjamin.

3 comments:

  1. Anonymous says

    Wufi pun double standard

    WUFI BODOH!!!


    Harapan Online says

    Sikap double standard UMNO hanya akan punahkan negara dan segala struktur sosialnya. Jika benar memperjuangkan ketuanan melayu dan kedaulatan institusi raja,mengapa ada yang sanguup menggelar "natang" kepada raja?


    Anonymous says

    hek eleh... lu ni bengong la...

    yg skandal bebudak wufi wat jahat halal lak..

    emmm memamg duoble standard


>>Followers