Salam Pictures, Images and Photos

Suasana Meriah Sambut Pak Lah ke UIA

Setiap pemimpin besar yang hadir ke UIA pasti akan dibekalkan dengan buah tangan-buah tangan yang penuh makna daripada mahasiswa UIA. Suatu masa dahulu, Presiden SRC Saudara Fadzli Yusuf pernah mewakili seluruh mahasiswa menyerahkan memorandum berkenaan kepincangan pilihanraya kampus kepada Tun Dr Mahathir (ketika itu Dato' Seri) ketika beliau datang ke UIA. Berita tersebut telah menjadi berita utama di akhbar-akhbar arus perdana sehari selepas nostalgia penuh memori tersebut berlangsung.

Semalam, Pak Lah juga tidak dibiarkan pulang dengan tangan kosong. Kehadiran beliau ke UIA untuk merasmikan sambutan jubli perak UIA dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk mahasiswa UIA menyuarakan keluhan dan harapan hati mereka kepada pemimpin no.1 negara itu. Mahasiswa UIA telah menggunakan kesempatan tesebut untuk menayampaikan mesej-mesej penting kepada Pak Lah agar beliau sedar akan tanggungjawab besar yang perlu beliau tunaikan terhadap mahasiswa.

Beberapa helai banner telah digantung di sepanjang jalan menuju ke pintu gerbang UIA sebagai simbolik kepada hasrat dan suara mahasiswa UIA kepada Pak Lah. Seandainya Pak Lah berjaga (tidak lelap!) ketika dalam perjalanan, pasti beliau menyedari kewujudan banner-banner tersebut yang ditujukan khas untuk beliau.

WUFI mengalu-alukan kedatangan PAK LAH


Uphold students' right!


Mahasiswa penentu kepimpinan negara

Semoga banner-banner tersebut mampu sedikit sebanyak mengingatkan Pak Lah bahawa mahasiswa juga adalah rakyat beliau yang inginkan hak dan kepentingan mereka terjamin dan terpelihara. Namun, mahasiswa UIA secara keseluruhannya mengucapkan jutaan penghargaan atas kesudian Pak Lah untuk hadir dan merasmikan sambutan jubli perak UIA. TERIMA KASIH PAK LAH...

10 comments:

  1. Anonymous says

    Korang ni memang takder kejer la! Buang duit jer! publisiti murahan! Blah la baruah2 PAS semua!


    Anonymous says

    SRC bodoh takde keje. Penat aku ngundi korang!


    Harapan Online says

    Harapnya Pak Lah dan juak-juaknya sedar bahawa tanggungjawab bukan untuk dibanggakan...dan pangkat bukan untuk digunakan untuk rompak duit rakyat...


    Anonymous says

    What a nonsense politic in campus!


    Anonymous says

    Saya anti WUFI

    Saya xkan undi budak WUFI

    Perjuangan WUFI x selaras dgn kehendak mahasiswa UIAM


    Anonymous says

    Oi WUFI... korang tu yg sebenarnyer x jaga kebajikan Rakyat kat UIA..

    dah la org2 ko kerek2 je semcm.. mcm baguss boleh blah!!!!


    Anonymous says

    Camner WUFI nak kejer kalau admin dok soal siasat jer! Duit tak bagi plak tue.
    Hidup WUFI


    Anonymous says

    barua PAS!!! woi pegi mampos aaa...

    bebudak korg cam sial!!!
    kerek aaa


    Farysa says

    Salam,
    Semangat yang perlu ada bila kita tidak mempunyai kuasa untuk mengubah. Untuk menyatakan hasrat di media mereka kita di halang dan hanya ini yang mampu dilakukan. Tak perlu mengeluarkan kata-kata kesat. Terima kasih WUFI. Tp adakah dengan hanya tampalan banner dan bunting menjadi penentu? Jalankan tanggungjawab anda yg masih lagi tidak terlaksana.


    Anonymous says

    korang kutuk2 WUFI ni apahal..?
    biarlah diorg ni barua pas ke ape ke..
    asalkn diorg nk bawa Islam.
    klu kita tak nk ikut diorg bawak Islam pun,atleast bg la skongan.


>>Followers